Thursday, 24 April 2014

Kes tumbuk pengadil: Pengurus JDT2 tetap diambil tindakan FAM

Kes On Jabbar menumbuk pengadil tetap dibicarkan walaupun sudah dipecat PBNJ.
Malang berganda menanti On Jabbar@Jaafar (kanan) apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan mengambil tindakan terhadapnya walaupun sudah menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) kelmarin.

Pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II) itu yang mencetuskan kontroversi apabila menumbuk pengadil Sukri Abdul Rahman selepas perlawanan Liga Perdana antara JDTII dengan UiTM FC di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu lalu dilucutkan jawatan serta didenda RM25,000.

Namun Ahli Exco FAM itu tetap tidak terlepas daripada tindakan badan induk bola sepak negara itu sekiranya kes itu dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak berkata, insiden itu berlaku ketika On masih lagi menjadi pengurus pasukan dan beliau tetap akan dibicarakan jika FAM mengeluarkan surat pertuduhan terhadapnya.

“Kes On ini sama dengan Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini. Walaupun meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perlis namun beliau tetap dikenakan tindakan (Artikel 88).-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib