Sunday, 20 April 2014

Kamarul Zainuddin buat silap lagi pasal Karpal Singh dan Karam Singh

Kamarul Zainuddin sekali lagi membuat kesilapan tentang nama Karpal Singh.
Sebelum ini Mynewshub ada menulis mengenai seorang pengguna facebook dengan nama Kamarul Zainuddin yang terkeliru antara pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh dengan wartawan penyiaran TV3, Karam Singh.
keliru-565x334
Menyedari kesilapan itu apabila ia viral di media sosial… Kamarul cuba memperbetulkan keadaan.
Namun,…hendak dijadikan cerita… dalam pembetulan tu pun ada kesilapan jugak… maka lawak tidak sengaja beliau terus berpanjangan di media sosial.
Kali ini, Karam Singh jadi Kalam Singh pulak… mungkin Kamarul nak cepat jadi dia tersilap taip… tapi bila dan berturut dengan kejadian sebelum tu… kesilapan ini pun jadi bahan ketawa jugaklah kan….
Cuba tengok salah satu poster lawak yang ditemui berkenaan kesilapan kali kedua Kamarul… kena smash lagi.
silap lagi laaa
Kejadian Kamarul ini mengingatkan zaman jadi wartawan dulu… kalau dah buat silap dalam penerbitan berita… kita buat pembetulan yang dipanggil ralat…
Pantang dunia kewartawanan ialah jangan ada kesilapan dalam pembetulan… jangan nanti kena buat ralat berkaitan ralat…
Kes Kamarul ni samalah…mula dia tersilap antara Karpal dan Karam (ralat)…lepas tu nak betulkan balik Karam jadi Kalam (dah ralat dalam ralat pulak).
Apa pun… terima kasih la kepada lawak-lawak spontan Kamarul… best gak gelak sorang-sorang cam orang gila ni kekadang.-Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib