Thursday, 10 April 2014

Jeremy Little meninggal dunia di Mekah

Jeremy Little ketika bersama Mufti Ismail Menk
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios dan penerbit filem KIL, Jeremy Little disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah awal pagi tadi.

Pemergian insan seni yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana itu mengejutkan industri muzik tempatan termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuatnaik status mengenai kematian Jeremy di laman facebook miliknya.
Status Facebook Mufti Ismail Menk melaporkan Jeremy Little meninggalkan dunia.
“Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah."

“Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun.”

Menurut laporan Berita Harian hari ini, kematian Jeremy difahamkan berpunca daripada penyakit kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Kata-kata terakhir pemuda berusia 31 tahun itu sebelum menghembuskan nafas adalah berbunyi "Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah."

Diucapkan takziah kepada keluarga beliau. Satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan yang tidak disangka-sangka. Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.-pelbagaimacam

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib