Sunday, 6 April 2014

Ibu rebut hak jaga anak Paul Walker

Paul Walker mati kemalangan akhir tahun lepas.
IBU kepada mendiang pelakon utama filem Fast and Furious, Paul Walker memfailkan petisyen kepada Mahkamah Los Angeles bagi mendapatkan hak penjagaan cucunya, Meadow Rain.

Difahamkan Meadow diasuh ibu kandungnya, Rebecca Soterus sejak Walker meninggal dunia, tahun lalu.

Ibu Walker, Cheryl Ann memfailkan petisyen itu demi memenuhi wasiat Walker yang mahu Meadow dijaga olehnya sehingga dewasa.

Memetik laporan Totonto Sun, dokumen petisyen itu menyebut Cheryl mendakwa Rebecca tidak layak mengasuh Meadow ekoran tabiatnya yang ketagihan alkohol.

Namun permohonan Cheryl ditolak mahkamah dan ia telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 18 Mac lalu.

Perbicaraan pada 27 Mac lalu menyebelahi Rebecca dimana pihak mahkamah membenarkan Meadow tinggal bersama ibu kandungnya itu.

Namun wujud pelbagai pertikaian selepas itu apabila pemerhati kes membangkitkan soal sebab ibu Walker memohon hak penjagaan yang bersifat sementara.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib