Friday, 4 April 2014

Gambar lelaki minum air basuhan kaki bekas Presiden Indonesia Megawati

Gaya lelaki meminum air basuhan kaki Megawati.
Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki tua meminum air basuhan kaki bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri pertengahan bulan lepas mendapat reaksi yang negatif di negara tersebut.
Rata-rata tidak faham mengapa Cecep Ondon Iskandar, 68, tergamak bertindak demikian.
Difahamkan, lelaki kelahiran Tomo, Sumedang Jawa Barat itu bukan sahaja tidak rasa jijik malah bangga kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk meminum dan mencuci mukanya dengan air basuhan kaki Megawati sebelum dia meninggal dunia.
Malah Cecep mengaku, dia pernah terfikir mahu ke Jakarta bertemu Megawati di rumahnya bagi menunaikan hasrat itu tapi dibatalkan kerana masalah biaya.
Kata Cecep yang merupakan ahli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang diketuai Megawati, perkara itu juga dilakukannya bagi mengubat kerinduan terhadap bapa Megawati, Soekarno.
Impiannya kini kesampaian namun ia rupa-rupanya mengundang komen negatif orang ramai dan menjadi trending di media sosial.
Di Twitter, ramai yang mengeluarkan komen berasa jijik dengan perbuatan itu dan tidak menyangka masih ada orang yang taksub dengan pemimpin hingga sanggup berbuat begitu. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib