Thursday, 10 April 2014

Foto Kejadian Tembak Di KL Sentral Tersebar, Rupanya Latihan Tebusan

Gambar yang tersebar di media sosial mengatakan polis dibunuh.
Tersebar di laman sosial beberapa keping gambar individu berpakaian seragam polis terbaring ditembak di laman sosial dan aplikasi Whatsapp mengatakan ada kejadian tembak menembak di Serdang.
Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia gambar berkenaan sebenarnya adalah satu latihan krisis tebusan di terminal KL Sentral.
Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan kejadian tembak menembak yang dilihat ada cubaan untuk mewujudkan rasa ketakutan dalam kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan sumber yang sahih.
Dalam gambar berkenaan menunjukkan dua perompak dan dua Polis Bantuan terbunuh.
Menurut beberapa penjelasan dari laman blog, ia adalah satu latihan yang dirancang oleh pengurusan bangunan KL Sentral iaitu Semasa Sentral Sdn Bhd dan ia merupakan latihan tahunan.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib