Saturday, 26 April 2014

Fiza Elite kecewa dituduh punca mahu bercerai

Fiza terkilan dituduh punca penceraian.
Pelakon Fiza Abdul Halim meluahkan rasa terkilan melalui akaun Instagram peribadi miliknya apabila ada  sesetengah pihak yang menuding jari terhadapnya mengenai isu penceraian bersama penyanyi, Adam AF.

Melalui kapsyen yang ditulis pada Rabu, Fiza menyatakan rasa kecewa terhadap tuduhan yang dilemparkan dan meminta supaya orang ramai tidak bertanyakan lagi soalan-soalan berkaitan kontroversi mengenai pergolakan rumahtangga mereka.

Selain itu, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim juga memohon supaya diberikan sokongan untuk terus kuat mengharungi dugaan demi anak-anak tercinta.

Penulisan tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada peminat dan rata-ratanya berharap agar Fiza tabah menempuhi dugaan hidup.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah.

Mengikut sumber, kes mereka akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Isnin depan.

Pasangan Adam dan Fiza telah mendirikan rumahtangga pada 26 September 2013.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah  mendirikan rumahtangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.-astro awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib