Monday, 21 April 2014

Fiza Elite didakwa failkan penceraian?

Hubungan Adam dan Fiza Elite didakwa retak.
Pada bulan September tahun lalu, Adam AF mengejutkan para pengikut tegar industri hiburan tempatan apabila mengumumkan mahu berkahwin dengan Fiza Elite yang ketika itu bergelar janda anak dua.
Hanya dengan perkenalan singkat, kedua-duanya berjaya mengikat tali pernikahan dalam majlis serba sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.
Bagaimanapun, sebulan selepas hidup bersama, tersebar pula cerita kurang enak apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam.
Selepas menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.
Dan pada hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Fiza telah pergi ke mahkamah baru-baru ini bagi merujuk masalah rumahtangga ke pejabat agama.
Dalam masa yang sama, terdapat sumber-sumber menyatakan Fiza sebenarnya memfailkan perceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
Oleh kerana berita tersebut masih samar-samar, OHBULAN! menghubungi Fiza namun pelakon itu seakan cuba mengelak dari memberikan kenyataan dengan meminta supaya dihubungi sebentar lagi atas alasan sedang menguruskan sesuatu. Panggilan telefon yang dibuat selepas itu juga tidak diangkat seperti yang dijangka.
Namun begitu, Fiza berkongsi sekeping fotonya sedang memakai telekung di Instagram dan memberitahu enggan lagi ditebak dengan soalan kontroversi itu selain berharap semua pihak dapat memahami situasinya.-ohbulan
Luahan hati Fiza Elite di Instagram.
Adam pula gagal dihubungi sehingga kini. Mungkin kedua-duanya masih mencari waktu yang sesuai untuk menjernihkan keadaan.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib