Saturday, 5 April 2014

Filem Noah diharamkan di Malaysia

Filem Noah diharamkan di Malaysia.
Filem Noah tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana dianggap sebagai tidak sensitif kepada masyarakat tempatan.
Menurut Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF) Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, keputusan ini diambil sebagai langkah “berjaga-jaga“ kerana filem berkaitan nabi Nuh itu dianggap tidak sensitif terhadap orang Islam.
“Filem itu diharamkan kerana kita sebagai orang Islam, kita percaya pada Nabi Nuh dan menurut ajaran Islam, dilarang melakonkan semula aksi watak nabi.
“Mana-mana gambaran nabi dilarang oleh Islam,” Abdul Halim dipetik berkata kepada akhbar The Sun.
LPF anggap filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia setelah mempertimbangkan sejarah dan fakta Islam.
Noah menampilkan barisan pelakon Hollywood seperti Russell Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan mula ditanyangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Dengan kos sebanyak US$130 juta (RM247 juta), pengritik filem Hollywood mendakwa filem ini tidak menghina Nabi Nuh namun ia hanya satu adaptasi kisah sejarah.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib