Sunday, 6 April 2014

Empat bom meletup diYala, dua mati 23 cedera

Kebakaran selepas kejadian letupan berlaku.
Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang tadi menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.
Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.
Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan.
Orang ramai membantu memadam kebakaran.
Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.
Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan.BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib