Thursday, 10 April 2014

Dua Pasangan Bertumbuk Depan Pizza Hut Tersebar

Aksi pergaduhan dua lelali di Pizza Hut.
Memalukan… dua pasangan Singapura dirakam bergaduh besar di hadapan restoran Pizza Hut, Ahad lalu.
Dalam video yang dimuatnaik di YouTube ini, seorang lelaki dipercayai warga Afrika bertekak dengan lelaki tempatan hingga akhirnya berlaku tolak menolak.
Isteri warga Afrika yang dipercayai wanita tempatan kemudiannya masuk campur lalu mengambil alih pergaduhan tersebut daripada suaminya.
Pengunjung pusat beli belah Compass yang menyaksikan insiden ini menjerit dan menasihati mereka agar menghentikan pergaduhan namun ia tidak dihiraukan.
Anak-anak pasangan ini juga kelihatan terkejut dan takut melihat kelakuan ibu bapa mereka hingga menangis.
Namun tiada pihak yang mahu mengalah dan kedua-duanya dilihat turut berkeras mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan mendakwa mahu menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut!-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib