Saturday, 19 April 2014

Dr. Asri minta Erma tarik balik kenyataan redha ke neraka pasal berkemban

Kenyataan kontroversi pengarah popular Erma Fatima yang berbunyi “andai kemban membawaku ke neraka, aku redha” rupanya turut mendapat perhatian daripada bekas mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut laporan Rakyat Post, Dr Asri menyifatkan kenyataan Erma mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.
“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena.
“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nila yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven. Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.
kemban-2
Perkara ini tercetus selepas tindakan Erma memuat naik gambar pelakon filem terbaharunya itu dalam adegan berkemban sehingga mendapat pelbagai respons negatif daripada pengikut laman Instagramnya.
Erma Fatima
Erma Fatima redha ke neraka disebabkan drama Berkemban.
Dr. Asri juga menambah mungkin ketika menulis kenyataan ‘panas’ itu Erma didorong oleh perasaan emosinya sehinggakan tergamak menulis keterangan sebegitu rupa.
“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu.. mungkin dia sedang beremosi.. siapa yang mahu masuk neraka?,” ujarnya lagi.
Diharapkan selepas ini, para selebriti tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif seperti ini kerana bukan apa, takut kerana mulut badan binasa.
Lebih baik sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan itu, fikirlah baik buruknya terlebih dahulu.
Jangan diikutkan sangat emosi ya kak Erma! -mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib