Saturday, 19 April 2014

Deejat Liza Hot Fm disamun dekat kedai makan

Liza Projek Metro disamun dekat kedai makan .
“Selama ini, saya fikir kalau kawasan berhampiran tempat makan yang cerah, terang dan ramai orang tentu selamat tapi tak sangka benda nak jadi,” kata juara Projek Metro yang juga penyampai Hot FM, Liza Khairuddin berhubung insiden dirinya yang hampir disamun, malam Isnin lalu.
Akibatnya, Liza atau nama sebenarnya Khairu Norliza Khairuddin, 29, berkata, dia mengalami kecederaan ringan sehingga calar-balar pada leher dan lebam teruk di badan. 
Liza Juara program realiti Projek Metro
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana lelaki itu gagal meragut rantai lehernya selepas mereka bergelut. 

Liza berkata, dia yang pertama kali mengalami insiden itu mengakui trauma kerana ia berlaku sekelip mata.
“Memang trauma jadinya. Ini pun badan dan leher masih sakit-sakit sampaikan semalam saya ambil cuti (kerja) sehari.-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib