Friday, 25 April 2014

Cubaan kejar peragut, mangsa terlibat kemalangan

PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan Lin Jit Seng yang tercedera selepas terlibat kemalangan di Pulau Pinang, semalam
Drama cemas seorang ibu dan anak lelakinya mengejar dua peragut bermotosikal di sini hari ini berakhir dengan tragedi selepas seorang lelaki lain menjadi mangsa dan parah akibat terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari di persimpangan lampu isyarat ke pekan Permatang Pauh dekat sini itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal bertindak nekad memecahkan cermin kereta sebelah penumpang hadapan sebuah kereta yang berhenti.
Dua penjenayah terbabit berjaya melarikan sebuah beg tangan yang dimiliki penumpang wanita kereta berkenaan.

Menurut jurucakap polis, wanita itu bersama anak lelakinya yang berusia 30-an terkejut dengan kejadian tersebut namun memberanikan diri mengejar motosikal yang dinaiki dua suspek berkenaan ke arah pekan Permatang Pauh.

“Selepas 300 meter mengejar suspek, mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord berjaya menghimpit motosikal dan cuba untuk mengambil semula beg tangan yang dicuri.
“Bagaimanapun selepas berjaya menghimpit motosikal itu sehingga kedua-dua suspek terjatuh, mangsa gagal membrek kereta lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu seorang lelaki," katanya.

Akibat kemalangan berkenaan, mangsa Lin Jit Seng, 51, melanggar pula sebuah lori yang berada di hadapannya dan terperosok di bawah lori tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah kakinya," katanya.

Mangsa samun dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan motosikal dan beg yang dicuri di situ.
Sementara itu, mangsa yang hanya mahu di kenali sebagai Chew berkata, ketika kejadian beliau dan anaknya dari Sungai Dua ke Georgetown.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Azman Abd. Lah ketika dihubungi mengesahkan keja­dian berkenaan.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib