Monday, 28 April 2014

Chelsea malukan Liverpool di Anfield

PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Ivanovic. 
CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi.
Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan pada masa tambahan babak pertama dan kedua perlawanan.
Kesilapan kapten Reds, Steven Gerrard yang terjatuh ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Demba Ba meluru ke arah pintu gol sebelum mengelirukan penjaga gol Simon Mignolet dengan tolakan tenang di celah kangkangnya bagi membuka tirai jaringan pada babak pertama.

Ketika Reds mengasak kubu Blues memburu gol penyamaan pada babak kedua, dua pemain gantian Fernando Torres dan Willian berganding kemas apabila melakukan serangan balas pantas sekali gus menghasilkan gol kedua apabila Torres mudah mengumpan kepada Willian di sebelah kanan dengan hanya Mignolet perlu ditewaskan.
Kemenangan Chelsea itu sekali gus merencatkan sedikit usaha pendahulu liga Liverpool yang mengimpikan kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.
Liverpool bagaimanapun masih unggul di puncak Liga Perdana dengan 80 mata selepas 36 perlawanan manakala Chelsea di tangga kedua, dua mata ketinggalan kepada kelab Merseyside itu. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib