Wednesday, 9 April 2014

Bekas PA Dedahkan Perangai Sebenar Prof Izzi Haji Ali

Prof Izzi Ali dikaitkan kes cabul pelajar UiTM Perlis
Isu Professor Izzi Haji Ali mencabul pelajar UiTM Arau sedang hangat diperkatakan. Kini,seorang pengguna Facebook mendakwa dirinya bekas PA Professor Izzi pula tampil mendedahkan kelakuan sebenar beliau.

Bekas PA tampil mendedahkan kelakuan sebenar Prof Izzi Ali.


Sebelum ini seorang pelajar mengaku diraba buah dada oleh seorang prof terkenal. Berikut adalah petikan akhbar HMetro:



Arau - Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.



Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.

“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” -mazeermohamad

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib