Tuesday, 29 April 2014

Bayi tiga bulan kena 14 jahitan dicakar kera

BAYI berusia tiga bulan dicakar kera dengan dua garisan luka sepanjang lima sentimeter. 
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan menerima 14 jahitan di dahi selepas mengalami luka sepanjang lima sentimeter akibat dicakar kera di rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Nor Iman Adriana Zuhairi sedang tidur di dalam buaian di bahagian dapur rumahnya manakala ibunya, Siti Najwa Muhammad, 21, sedang bersiap di dalam bilik untuk menghadiri majlis perkahwinan. 
Ibu mangsa yang terdengar anaknya menangis bergegas ke dapur dan mendapati tiga kera berada di dalam buaian menyebabkannya menjerit sekuat hati sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri. 

Siti Najwa terkejut apabila mendapati muka anaknya bermandi darah dengan dua kesan calar.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib