Monday, 7 April 2014

Ayah pramugari MAS bangga anak bantu suap warga emas

Syed Farieh Hassan bersama anak beliau Syarifah Firnaz Al-Yahya (kiri), isteri (kanan) dan ibu angkat dari England (hadapan). 
Ayah kepada seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) bangga apabila mendapat tahu anak beliau menyuap makanan kepada seorang penumpang warga emas. Gambar pramugari berkenaan yang dikenali sebagai Syarifah Firnaz Al-Yahya menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial Malaysia.

"Kawan saya yang hantar gambar itu menerusi Facebook. Dia tanya 'Itu anak awak ke?' tetapi saya cakap itu gambar lama, sudah dua tahun pun. Saya juga menonton kisah anak saya di Astro Awani.

"Namun saya sedih bila ada yang berkata bahawa ia hanyalah seperti satu drama. Saya tetap bangga dengan beliau," kata Syed Farieh Hassan ketika dihubungi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara bermula pada tahun 1974 dan mengakui bahawa layanan Penerbangan Malaysia memang terbaik.
Tindakan Syarifah Firnaz Al-Yahya membantu menyuap makanan kepada warga emas mendapat pujian ramai.
"MAS memang terbaik. Saya cakap ini bukan kerana saya pernah berkhidmat bersama mereka dan anak saya kini pramugari tetapi keselamatan diutamakan ketika latihan. MAS juga untuk beberapa tahun pernah memenangi anugerah kru penerbangan terbaik oleh Skytrax," jelas beliau.

Syed Farieh turut berkata anak beliau membantu seorang warga emas yang duduk di kelas ekonomi dan ini menunjukkan dedikasi kru MAS.

"Saya tidak hairan jika ia berlaku di kelas Pertama atau Perniagaan (Business Class), jadi mereka memang akan memberikan layanan yang bagus. Tapi Kelas Ekonomi MAS memang ada 'kelas'," tambah Syed Farieh.

Ditanya tentang personaliti anak beliau, beliau akui bahawa Syarifah Firnaz memang mesra, bukan sahaja ketika bekerja tetapi di rumah bersama ahli keluarga.
Syarifah Firnaz Al-Yahya sering menjada nenek beliau.
"Dia selalu menjaga nenek beliau, iaitu ibu saya. Kalau balik dari kerja, dia akan terus ke bilik neneknya. Dia juga sering menolong ibunya dan juga tiga anak saudaranya. Dia memang mesra."

Selepas kejadian kehilangan MH370, beliau agak risau dengan kerjaya anak yang memerlukannya terbang ke seluruh dunia.

"Saya juga pernah lalui pengalaman yang sedih dimana rakan sekerja berada di dalam pesawat MH653 yang terhempas diTanjung Kupang. Namun mana-mana syarikat penerbangan akan utamakan keselamatan dan sekuriti.

"Ajal itu boleh berlaku dimana-mana. Kita hanya perlu berdoa. Saya tetap berikan sokongan kepada beliau."

Syed Farieh kini sudah bersara dan kini menjadi pemandu pelancong dimana beliau akan ke luar negara sebanyak 12 hingga 13 kali setahun.

"Saya tidak pernah menaiki pesawat dimana anak saya bertugas sebagai pramugari. Dia pernah ajak saya juga tapi atas tugasan, kita tidak sempat menaiki pesawat yang sama. Tapi mungkin satu hari nanti," akhiri beliau.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib