Friday, 18 April 2014

Apabila Karam Singh Walia disangka meninggal dunia

Karam Singh disangka meninggal dunia.
Memang lumrah untuk manusia terkeliru adakalanya.

Cuma, di zaman moden ini, kalau kekeliruan diterjemahkan dalam bentuk status di mana-mana media sosial, maka ia akan berakhir menjadi lawak yang diperkatakan secara meluas untuk tempoh yang lama.

Kalau baca status Kamarul di atas… agak nyata beliau terkeliru antara mendiang Karpal Singh dan wartawan TV3, Karam Singh Walia (yang masih sihat).

Disebabkan itu, status beliau telah tersebar di Facebook dan media lain.

Memang lawak la jugak kan… menipulah kalau penulis kata penulis tak gelak.


Cuma penulis faham, niat dan bahasa yang digunakan beliau itu baik… cuma kandungan dan kepada siapa ia ditujukan tu tak boleh nak blah la kan bila baca.

Mungkin juga beliau sengaja buat untuk dapatkan publisiti… kalau itu niatnya memang hebat la cara marketing.

Insiden ni sebenarnya hampir sama dengan kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela tetapi gambar pelakon Hollywood, Morgan Freeman yang disebarkan segelintir pengguna.- SiakapKeli

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib