Thursday, 10 April 2014

Ahmad Said beri amaran kepada T-Team

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memberi amaran kepada pihak pengurusan dan pemain T-Team bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membubarkan pasukan itu sekiranya tidak menyerlah dalam liga musim ini.
“Kerajaan negeri mengharapkan skuad T-Team dapat meningkatkan mutu permainan mereka bagi menggelakkan daripada turun ke Liga Perdana, musim depan.
“Sekiranya perkara itu berlaku kerajaan negeri tidak ada pilihan selain menggugurkan pasukan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mutu permainan pasukan T-Team pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kepada Ketua Kontijen Pendaki Gunung Everest 2015 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat.
Pasukan T-Team 2014.
Ahmad berkata, kerajaan negeri sudah berbelanja jutaan ringgit untuk menguruskan dua pasukan, iaitu T-Team dan Terengganu dan mahu melihat kedua-dua pasukan itu menunjukkan permainan terbaik mereka.
“Kita harap T-Team dapat bangkit dan menggelakkan daripada turun beraksi dalam Liga Perdana. Jika tidak, tiada lagi kelibat pasukan T-Team dalam Liga M musim depan.
“Sebelum ini, kita telah beritahu sekiranya gagal dan tidak kekal divisyen sekarang, kita tidak teragak-agak untuk bubar pasukan ini kerana kerajaan negeri telah melabur banyak, tetapi tidak ada kejayaan yang dicapai mereka,” katanya.
T-Team di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah kini menghuni tangga sembilan liga dengan meraih 13 mata daripada 12 perlawanan.-TeganuKita.My

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib