Thursday, 17 April 2014

Adun Paloh Gua Musang cedera, isteri maut dalam kemalangan

Keadaan kereta Nissan Murano yang dipandu Nozula terbabas merempuh bukit.
Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku akibat permukaan jalan yang licin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, sementara Nozula yang memandu kereta kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan stabil,” katanya.-Sinar Harian






0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib