Saturday, 5 April 2014

(7 Gambar) Gadis tersangkut celah lubang ketika cuba selamat telefon bimbit

Ella-Anne Birchenough tersangkut di dalam lubang.
Seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar.
Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent.
Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan.

Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne.
Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya.-Harian Metro
Ahli bomba sua membantu Ella.





0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib