Sunday, 6 April 2014

(6 Gambar) Wanita maut digilis lori treler

Mangsa tebaring di atas jalan raya selepas motosikalnya bertembung treler.

Menyayat hati apabila seorang wanita maut selepas kepalanya hancur digilis treler dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala Kepong berhampiran bulatan Segambut semalam.
Lebih menyedihkan apabila suami dan abang kandung mangsa yang menerima berita sedih itu tiba di lokasi kejadian dan menangis teresak-esak di sisi mayat mangsa dalam hujan lebat.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa, Nor Idayu Ab Karim, 33, yang bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.



Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal dikatakan tergelincir akibat jalan licin berikutan hujan lebat.
“Motosikal mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya di bahagian kanan lorong kiri.
“Pada masa sama, sebuah treler yang membawa muatan konkrit binaan tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala mangsa yang memakai topi keledar hingga pecah,” katanya, semalam.-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib