Monday, 21 April 2014

(4 Gambar) Pelakon Bella Dally bertudung bukan hanya kerana fesyen

Bella Dally ambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung sebgai penampilan terkini.
MINGGU lalu, ketika penulis sedang asyik membelek satu persatu gambar di laman Instagram, terpegun apabila terlihat wajah ayu seorang artis yang sebelum ini berimej agak seksi, tampil dengan imej bertudung.
Justeru, tanpa berlengah, penulis terus mencapai telefon menghubungi pelakon berdarah kacukan, Nabilah Ali Dally, 22 atau Bella Dally untuk mendapatkan kepastian mengenai hal tersebut sama ada ia benar-benar berlaku atau sekadar menjayakan watak gadis bertudung dalam drama lakonannya.
Bella apabila dihubungi mengakui mula mengenakan hijab sepenuhnya sejak Rabu lalu dan menerangkan segalanya berlaku dalam sekelip mata.
Sejak awal tahun lagi, Bella memang dia berhasrat untuk berhijab tetapi niat tersebut terpaksa ditunda memandangkan terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang membawakan watak gadis tanpa tudung.
“Jadi, nanti saya tak nak orang kata sekejap bertudung, sekejap sudah hilang tudung. Lebih baik saya selesaikan dahulu penggambaran tersebut dan menetapkan pendirian saya. Isu pakai tudung ini bukannya sesuatu yang boleh dibuat suka-suka, tetapi perlu ikhlas dan berkekalan.


BELLA (tengah) manis bertudung diapit Nelydia Senrose dan Ukasha Senrose.
Dua minggu lalu, selepas penggambaran tamat, saya mula buat persiapan untuk menunaikan hasrat itu. Alhamdulillah, Rabu lepas, apabila bangun tidur, terdetik untuk mencapai tudung ketika ingin keluar rumah,” katanya menceritakan detik awal penghijrahannya itu. Bella secara jujur turut memberitahu, perubahan positif ini tidak ada kena mengena dengan orang lain, melainkan datang daripada sudut hati sendiri.

“Saya boleh katakan semuanya ini kerana didorong oleh Allah. Apabila saya memuat naik gambar imej terbaharu ini dan berkongsi dengan ramai orang, Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang sangat baik.
“Peminat begitu menyokong dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargai sokongan tersebut dan berharap diri ini mampu mengekalkannya selama-lamanya.
“Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gambar lama saya tidak bertudung telah dikeluarkan daripada laman sosial saya. Kalau ada pun, mungkin di blog-blog dan internet. Itu di luar bidang kuasa saya,” kata anak kelahiran Kota Kinabalu ini.
Disebabkan perubahan mendadak yang dilakukannya, Bella berharap peminat dapat memaafkannya jika masih lagi menonton drama-drama lakonannya dalam imej lama.
“Itu adalah diri saya sebelum ini dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada disiarkan. Biarlah ia menjadi sejarah dan saya cuba sedaya mungkin untuk tidak kembali dengan imej lama. Semoga saya akan selamanya bertudung,” katanya menamatkan perbualan.-Utusan

2 comments:

  1. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib