Friday, 4 April 2014

(3 Gambar) Lelaki maut nahas motosikal rempuh belakang pacuan empat roda

Mangsa terkulai di dalam bahagian belakang kereta pacuan empat roda.
Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya tersangkut di palang besi bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pekan Lama, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika mangsa dikenali sebagai Ahmad Fadzli Husni Abd Rahim, 37, menunggang motosikal Yamaha 125Z seorang diri dari arah Bandar Sungai Petani menuju ke arah Jalan Kuala Ketil, di sini.
Difahamkan, mangsa dipercayai gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton itu yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.

Akibat itu, motosikal mangsa merempuh bahagian pintu pemandu menyebabkan tubuhnya melambung dan kepalanya tersangkut di besi belakang.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda yang keluar dari persimpangan secara tiba-tiba.
“Badannya dikatakan turut berpusing dan jatuh di tempat letak barang di belakang kenderaan itu. Mangsa yang parah mati di tempat kejadian. -Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib