Thursday, 10 April 2014

(2 Gambar) Samseng jalanan tunjuk isyarat Iucah tersebar

Biadap. Lelaki menunjuk isyarat lucah.
Apabila berada di jalan raya, rata-rata pemandu di Malaysia memandu dengan penuh emosi. Jika boleh, ingin benar mereka memecut laju selaju-lajunya. Jika bab sabar, pemandu kita amat kurang penyabar orangnya. Biarpun pahit, hakikat ini amat sukar ditelan.
Hampir setiap hari terutamanya di bandar bandar besar kita dapat menyaksikan ketidaksabaran pemandu yang memandu dengan emosi ingin cepat sampai ke destinasi.
Jika ada kereta yang menghalang kelancaran pemanduan mereka, pasti akan dinyalakan lampu sebagai tanda ‘sila ke tepi jika tidak memotong’. Paling teruknya apabila golongan ini sudah hilang sabar, bunyi hon pula yang digunakan untuk menghalau pemandu lain.
Nyalaan lampu tinggi dan hon tidak menjadi masalah, tetapi sikap sesetengah pengguna jalan raya yang berlagak samseng ini yang amat menyakitkan hati. Jalan raya bagaikan milik mereka dan memperlekehkan pengguna jalan raya yang lain dengan sewenang-wenangnya.-isupanas
Antaranya adalah seperti di dalam gambar di bawah ini:

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib