Monday, 21 April 2014

(2 Gambar) Remaja maut dihempap lori

angsa dikejarkan ke HPP untuk mendapat rawatan.
Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dihempap lori satu tan dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua remaja perempuan berusia 19 tahun terbabit ketika itu dalam perjalanan pulang dari Georgetown ke Balik Pulau.
Bagaimanapun, selepas keluar lorong motosikal, sebuah lori dipandu seorang lelaki secara tiba-tiba hilang kawalan, terbalik dan menghempap motosikal ditunggang mereka.
ORANG ramai cuba membantu mangsa yang dihempap lori.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya pula kritikal dan masih menerima rawatan.
 Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan cuba mengelak sebuah lagi lori yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba sebelum dia hilang kawalan dan terbabas.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada pemandu dan siastan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib