Thursday, 10 April 2014

(2 Gambar) Kereta Myvi Terjunam Masuk Parit

Keadaan kereta yang terbabas ke dalam parit.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila kereta miliknya terus meluncur laju ke dalam parit sedalam lima meter sebaik enjin kenderaan itu dihidupkan dalam kejadian di Jalan Penampang, berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 petang, lelaki itu, Arbain Sumudin, 37, dikatakan berada di luar kereta Perodua Myvi miliknya sebelum menghidupkan enjin.
Namun, sebaik dihidupkan, keretanya terus meluncur sebelum terhumban ke dalam parit di hadapannya.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib