Thursday, 17 April 2014

(15 Gambar) Feri Karam di Jeju Korea: Dua maut, 300 masih hilang

Operasi menyelamat mangsa dilakukan.
Lokasi feri karam berhampiran Pulau Jeju.
Hampir 300 masih hilang selepas beberapa jam sebuah feri yang membawa 477 penumpang dan anak kapal karam di perairan selatan Korea Selatan, awal hari ini. Setakat ini feri yang membawa kebanyakannya penuntut kolej itu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang manakala tujuh lagi cedera, kata pegawai Korea Selatan hari ini.

 Pegawai kerajaan sebelum ini melaporkan, lebih 100 orang masih belum dikira namun pegawai kemudian menukar jumlah yang hilang 295 orang.   Terdapat kebimbangan mengenai jumlah korban yang ramai dengan berpuluh bot, helicopter dan anggota penyelam di kerah ke tempat kejadian berhampiran pulau peranginan terkenal Jeju.  Seorang penumpang berkata, beliau yakin ramai lagi yang terperangkap di dalam feri yang karam ketika kejadian berlaku jam 9 pagi waktu tempatan. - AP













Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.
Feri bawa 450 penumpang karam

Korea Selatan mengerahkan pasukan pengawal pantainya menggunakan kapal dan helikopter untuk mencari dan menyelamat kira-kira 450 penumpang feri yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang karam di perairan selatan hari ini.

“Feri berkenaan karam dan tenggelam," kata jurucakap pengawal pantai.

“Terdapat kira-kira 450 orang dalam feri berkenan ketika kejadian. Operasi menyelamat turut dibantu oleh kapal komersial di sekitar perairan berkenaan," katanya.

Menurut AFP, laporan awal menyebut jumlah penumpang di dalam feri yang karam adalah 350 orang.

Kebanyakan penumpang di dalam feri adalah pelajar sekolah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan di Jeju.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib