Sunday, 6 April 2014

10 Hilang Ketika Beriadah Di Gunung Tok Wan, Bukit Broga

10 remaja hilang di Bukit Broga.
Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga di sini, pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.
“Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.
“Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib