Tuesday, 22 April 2014

(10 Gambar) Fesyen bertudung Rebecca Nur Al Islam yang ketat dan sendat

Fesyen yang dipakai pelakon Rabecca Nur Al Islam yang pelik dikritik peminat.
Umum mengetahui pelakon terkenal, Rabecca Nur Al Islam telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah.

Bagaimanapun, penampilan beliau ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara mengundang kejutan para peminat di laman Instagram Rabecca. Ini kerana busana yang dikenakan pelakon itu seakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya.

Susulan itu, peminat mula meninggalkan komen-komen berbentuk teguran dan sindiran kepada Rabecca sehingga ada yang menyamakan penampilan beliau tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.









Fesyen Sendat Rebecca Nur Al-Islam

Ingatkan tiada lagi artis yang akan memalukan dirinya sendiri seperti mana yang dialami Neelofa semasa menghoskan program Anugerah Meletop Era, Februari lalu.
Tup-tup ada seorang lagi artis yang berkenan menggayakan fesyen disaster sebegitu.
Bukannya tak cantik baju yang digayakan Rebecca Nur Al-Islam ni, tapi sendat sikitlah kak oi..
Mungkin lebih manis kalau Rebecca pakai baju yang lebih longgar, lebih-lebih lagi dia kini sudah berhijrah menggenakan hijab.
Diharapkan selepas ini Rebecca akan lebih berhati-hati dalam pemakaiannya supaya selaras dengan imej yang kini sudah bertudung litup.

1 comments:

  1. Bukan sendat sikit tapi melampau....ini akan menyebabkan bukan Islam akan memperkatakan bahawa kita Umat islam memperlekehkan agama kita sendiri.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib