Tuesday, 25 March 2014

Zharif Hakim @Zharif32 ‘Keyboard Warrior’ paling jahat dan biadap!

Seorang pengguna Twitter bernama Zharif Hakim berniat jahat dengan menghina penumpang MH370.
Di saat semua orang sedang menumpukan perhatian pada sesuatu isu, seperti biasa pasti ada malaun yang menjadi keyboard warrior semata-mata mahu meraih populariti murahan di laman siber.
Itulah yang berlaku sejak semalam apabila seorang pengguna Twitter menggunakan twithandle @Zharif32 atau Zharif Hakim didapati mengeluarkan status-status bodoh lagi tidak sensitif.
Berikut antara twit yang dikeluarkan oleh manusia kurang akal ini:

Paling JAHAT, Zharif membalas twit yang dimuatnaik anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari yang sedang bersedih dengan kata-kata yang amat kasar.
Susulan itu, ramai yang mengecam tindakan melampaunya.

Walau apa pun masalah dia ini, diharapkan pemilik Twitter @Zharif32 akan diberikan hidayah agar menjadi manusia yang lebih baik di dunia ini.
Atau sebaliknya, mungkin jika dia ditimpakan ujian seperti keluarga penumpang pesawat MH370 barulah dia ada akal sikit kot.-Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib