Tuesday, 25 March 2014

Tragedi MH370: Konsert Twin Tower@Live dibatal

Konsert Twin Towers@Live 2014 dibatalkan serta merta.
Konsert Twin Towers@Live 2014 yang dijadual diadakan di sini pada 28 dan 29 Mac, dibatalkan.
 
Menurut kenyataan Petronas hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara bersama penaja lain dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd, sebagai tanda hormat kepada keluarga, sahabat handai dan orang tersayang kepada penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.
 
"Kami sesungguhnya sedih dengan tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka, dan selaku penaja, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkaitan yang menerima kesan daripada pembatalan ini akan mendapat layanan sewajarnya," jelas kenyataan itu.
 
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370, yang hilang ketika merentasi Laut China Selatan semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".
 
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. -
Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib