Sunday, 23 March 2014

Tiga penduduk Palestin meninggal dibunuh askar Israel

SEBAHAGIAN penduduk menghadiri majlis pengebumian Hamza di Jenin semalam.
Tiga penduduk Palestin terbunuh di kem pelarian Jenin, Tebing Barat awal semalam dalam satu pertempuran, kata beberapa pegawai.
Ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran melibatkan askar-askar Israel yang melancarkan operasi untuk menangkap seorang pejuang Palestin.
Sumber-sumber perubatan dan keselamatan menyatakan, dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pejuang Palestin.
Salah seorang pejuang yang maut itu ialah Hamza Abu Al-Heja yang merupakan anggota sayap ketenteraan Hamas.
Menurut sumber berkenaan, seorang lagi yang terbunuh itu merupakan orang awam. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib