Friday, 28 March 2014

Terkini! Bengkel MAS Di Subang Terbakar!

Keadaan bengkel yang berasap selepas berlaku kebakaran.
Bengkel Malaysia Airlines (MAS) di Subang terbakar pada Rabu, menambahkan lagi siri nasib malang terhadap syarikat penerbangan negara itu.
Bagaimanapun, MAS berkata, insiden pada jam 4 petang di Subang Avionics Shop itu hanya kebakaran “kecil” dan dapat dikawal serta merta.
Menurut kenyataan itu, semua kemudahan MAS mempunyai peralatan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan dan mengurangkan bahaya.
“Keselamatan di tempat kerja sentiasa menjadi keutamaan utama Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib