Wednesday, 26 March 2014

Terengganu belasah ATM, JDT kejutkan Kelantan

Terengganu meraikan jaringan Manaf Mamat ketika tewaskan ATM 3-0.
Terengganu membuktikan kejayaan menerajui Liga Super bukan sekadar nasib apabila mengekalkan takhta pendahulu dengan membedil ATM 3-0 di tempat lawan, semalam.

Skuad Penyu kini berkongsi 16 mata bersama Pahang dan Selangor selepas menang lima daripada lapan perlawanan musim ini, namun mereka kekal di tangga teratas menerusi perbezaan gol.

Pahang dan Selangor terus mengejar kedudukan teratas selepas turut mencatat kemenangan. Tok Gajah menundukkan PKNS 3-1, manakala Red Giants menang 2-0 di Sarawak.
Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Terengganu cemerlang di semua posisi, terutama serangan untuk mendapatkan tiga gol.

Tiga gol pelawat hadir pada minit ke-23 menerusi penyerang Abdul Manaf Mamat sebelum Norfarhan Mohammad menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 dan Faiz Subri menambah derita ATM untuk keputusan 3-0 di masa kecederaan.

Pemain Kelantan Gaddar  cuba melepasi Haris Harun.
Di Stadium Shah Alam, PKNS tidak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri hingga membolehkan Pahang menguasai perlawanan untuk menang 3-1.

Pahang mendapatkan jaringan menerusi pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-43 dan pada separuh masa kedua pemain dari Nigeria itu menambah gol di minit ke-59, sebelum Fauzi Roslan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-64.

Di Stadium Sultan Ismail Na­siruddin Shah, T-Team berjaya menebus kekecewaan Terengganu yang tumpas 2-3 di tangan Sime Darby tempoh hari apabila membenam pasukan yang sama 2-0 di laman sendiri semalam.

Dalam aksi di Stadium Perak, pasukan tuan rumah Perak terus keciciran mata dan menghuni tangga tercorot apabila tewas 0-1 kepada LionsXII.

Semantara itu, Stadium Sultan Muhammad IV harus bukan lagi gelanggang keramat buat Kelantan apabila sekali lagi tumbang di laman berkenaan apabila tewas 2-1 kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi Liga Super malam tadi. Kekalahan itu turut menyaksikan kekalahan ketiga The Red Warriors (TRW) dalam tiga perlawanan berturut-turut, termasuk kepada kelab Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam saingan Piala AFC.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib