Wednesday, 19 March 2014

Tauke Jambu beri penjelasan kes kontroversi peluk wanita di kelab malam

Gambar kontroversi pelawak Yus Jambu bersama seorang wanita di kelab malam.
Semalam, dua keping gambar pelawak Tauke Jambu memeluk seorang wanita seksi di kelab malam telah tersebar secara meluas di laman sosial dan blog hiburan.

Susulan itu, Tauke dikecam teruk peminat sehingga dirinya dilabel sebagai kaki perempuan. Lebih teruk, gambar daring tersebut turut dikaitkan sebagai punca penceraiannya dengan bekas isteri beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi portal ohbulan sebentar tadi memberitahu dua keping gambar yang tersebar itu adalah gambar lama sewaktu beliau masih aktif pergi ke kelab malam.

"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya, jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Penulis harap kontroversi ini tidak lagi diperbesarkan kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Paling penting kita terus sokong industri lawak negara.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib