Friday, 21 March 2014

Status Twitter sedih anak Ketua Pramugara MH370

Keluarga ketua pramugara Andrew Nari.
Seluruh warga kelab Liverpool terharu dengan mesej anak perempuan ketua pramugara pesawat MAS MH370 yang merayu ayahnya `pulang’ untuk menyaksikan perlawanan Liverpool.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu kemudiannya membalas mesej Maira Elizabeth Nari, iaitu anak perempuan kepada Andrew Nari, yang dimuat naik ke laman sosial Twitter pada hari Liverpool menumpaskan Manchester United, 3-0.
Mesej itu berbunyi: `Daddy, Liverpool is winning the game. Come home, so you can watch the game! You never miss watching the game. It’s your very first time,” kata Nari menerusi akaun Twitter miliknya.
Status anak ketua pramugara pesawat MH370 Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari .


Pesawat MAS MH370 hilang sejak 8 Mac lalu, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Sehingga ini, tiada kesan dapat dijejaki biarpun usaha mencari dan menyelamat dilakukan secara besar-besaran oleh 26 negara.
“Mesej anda amat menyentuh perasaan dan kami terharu. Kami hendak anda tahu yang kami juga sentiasa akan mengigati ayah anda dan semua yang masih hilang bersama #MH370. Tabahkan hati,” kata Liverpool menerusi akaun Twitter rasmi kelab itu.
Kelab Liverpool turut bersimpati tragedi yang menimpa pesawat MH370.
Maira kemudian menjawab: “Jika ayah lihat ini (mesej daripada Liverpool), dia pasti gembira. Dia akan senyum. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia. Ayah adalah peminat tegar LFC!”
Liverpool turut memuatnaik mesej daripada Nari ke laman Facebook kelab itu yang kemudiannya dikongsi sekurang-kurangnya 7,000 kali.
Maira merupakan antara waris penumpang dan anak kapal MH370 yang tidak jemu meluahkan perasaan dan berkongsi harapan menerusi Twitter. Banyak twit yang dibuat Maira sebelum ini turut meruntun hati masyarakat yang memahami keadaan sukar sedang dilaluinya dan keluarga.

Semalam, Maira akan mengambil keputusan SPM. Kami mengharapkan keputusan yang bakal diperoleh Maira akan menggembirakan hati ayahnya meskipun dia tiada di sisi anaknya pada hari besar ini.-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib