Monday, 24 March 2014

Saya sedia dilontar telur busuk - Hanez Suraya

Hanez Suraya bersedia dilontar telur busuk dari peminat.
Ada pihak yang melontarkan serangan psikologi terhadap Hanez. Apa komen?
Saya tahu mengenai hal ini sejak selepas berlangsungnya sidang media mengenai penjelasan isu merampas suami orang tempoh hari. Ada pihak nak serang saya dengan telurlah, kasutlah, macam-macam yang saya dengar. Bagi saya, kalau nak baling, balinglah. Tapi kena ingat, pihak Istana Budaya (IB) pun ada kawalan yang ketat. Kalau bercakap, gunalah akal. Jangan main cakap saja. Bukanlah saya minta hal itu berlaku tapi kita kena fikir.
Adakah Hanez sudah bersedia berdepan dengan mereka?
Saya tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Tak rasa bimbangkah untuk keluar rumah?
Saya masih keluar. Tidaklah sampai mahu berkurung saja di rumah. Kalau tidak, susahlah nak buat kerja. Setakat ini Alhamdulillah, saya selamat dan tak ada apa-apa berlaku. Namun saya ambil langkah berhati-hati. Kalau keluar saya akan pastikan berteman. Romie juga berpesan agar saya tidak keluar berseorangan, demi keselamatan.
Selain isu baling telur Hanez dikatakan telah ditamatkan kontrak menjadi duta produk Aura White. Betul ke?
Yang itu saya tak mahu komen. Saya pun tak tahu dari mana orang yang menulis itu dapatkan kenyataan sebab saya tak buka mulut pun mengenai hal tersebut. Mana mereka dapat cerita?
Hanez enggan komen kontrak Aura White ditamatkan.
Adakah surat amaran atau sebagainya daripada pihak Aura White?
Tak ada pula. Saya baru sahaja memperbaharui kontrak dengan Aura White. Kontrak masih berjalan secara sah mengikut apa yang telah saya dan pihak Aura White sudah persetujui. Sebab itu saya diam saja.
Kenapa Hanez enggan menjadi penyampai di satu majlis anugerah?
Saya sengaja tarik diri sebab saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Buat masa ini rasanya saya tak patut terlalu terdedah di mana-mana majlis. Bukan sebab saya ego tapi sebab saya tak nak ada lebih banyak masalah lain. Tak apalah, ada rezeki mungkin saya boleh jadi penyampai. Sekarang saya cuma mahu keadaan lebih tenang.
Adakah Hanez tertekan dengan pelbagai isu ?
Tak banyak yang boleh saya lakukan kecuali bersabar sajalah. Bagi saya hidup perlu diteruskan. Hanya masa akan membuka segala kebenaran itu. Segala apa yang berlaku, orang tak menilainya dari sudut saya. Orang cuma melihat pada permukaan kontroversi itu, lalu menghukum. Jadi biarlah saya diamkan diri. Mereka tidak tahu cerita sebenar. Tak apalah, biarkan mereka terus menghukum. Saya maafkan mereka.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib