Tuesday, 11 March 2014

Rozita Che Wan mengandung, Zain bersyukur

Rozita berkongsi status di Instagram.
Pasangan artis yang baru saja berkahwin, Zain Saidin & Rozita Che Wan akhirnya mendapat berita gembira. 

Rozita Che Wan melalui Instagram memaklumkan kepada peminatnya mengesahkan dia kini hamil. Melalui Instagramnya itu juga Rozita memuatnaik gambar kit pregnancy test yang jelas menunjukkan dua garisan yang mengesahkan dirinya memang hamil.

Pastinya Zain Saidin tidak sabar menjadi ayah dan gembira menerima berita kehamilan isteri tercinta. 

Sebelum ini Zain pernah memaklumkan pada media yang besar kemungkinan isterinya hamil berikutan sudah lama tidak datang bulan.

Setelah belasan tahun tidak hamil, pastinya Rozita teruja dengan kehamilan ini. Tahniah buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Semoga kandungan Rozita sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang masa. - My Media Hub (kredit Roti Kaya)

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib