Saturday, 1 March 2014

Pengacara 999 Hazlin Hussain kini tampil berhijab

Hazlin Hussain manis bertudung.
Bagi peminat program 999, nama Hazlin Hussain memang tidak asing lagi.
Selain mengacarakan program kepolisan tersebut, Hazlin juga merupakan salah seorang pembaca berita TV3.
Bagi yang mengikuti perkembangan Hazlin di media sosial, pasti maklum bahawa baru-baru ini Hazlin menempuh pengalaman menyedihkan iaitu kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia.
Status Hazlin Hussain yang kehilangan sahabat bainya.
Pastilah, arwah seorang yang sangat memberi makna dalam hidup Hazlin kerana selepas pemergiannya Hazlin dilihat membuat satu perubahan ke arah kebaikan iaitu sudah mula berhijab.
Perubahan ini dikongsikan menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Hazlin, dua hari lalu.
Ramai yang memuji transisi positif Hazlin ini termasuk rakan sekerja dan para peminatnya.
Bagaimanapun, dalam salah satu komen Hazlin memberitahu salah seorang pengikut Instagram yang memujinya kelihatan comel bertudung bahawa: ”Nak jumpa arwah kena comel la..”
Benarlah janji Allah Taala, di sebalik setiap ujian yang diberi sudah pasti ada hikmah tersembunyi untuk dihayati oleh hambaNya yang mahu berfikir.
Apa pun kami tumpang gembira melihat perubahan ini dan mendoakan semoga Hazlin terus istiqomah.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib