Friday, 28 March 2014

Pencarian MH370 Paling Mahal Dalam Sejarah?

Misi mencari MH370 mencecah jutaan ringgit.
Jika kos untuk mencari kotak hitam pesawat penerbangan 447 Air France yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada tahun 2009 mencecah lebih 40 juta dolar (RM131.6 juta), kos pencarian pesawat MH370 pula dijangka lebih 10 kali ganda daripada itu.
Ia dinyatakan oleh seorang pakar oseanografi, Zhao Chaofang dari Universiti Ocean China di Qingdao menerusi South China Morning Post.
Menurutnya, saintis China yakin bahawa negara mereka sudah membelanjakan beberapa juta yuan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang kini sudah memasuki hari ke-21.
“Jika operasi ini diregangkan kepada pencarian jangka masa panjang, 200 juta dolar (RM658 juta) setahun hanya cukup makan untuk mengekalkan usaha multinasional ini,” ujarnya.
Dalam operasi mencari ini, China mengerahkan 10 kapal, manakala Malaysia enam, Australia lima dan sebuah lagi dari United Kingdom (UK).
Setiap kapal akan membakar minyak sebanyak RM530 bagi setiap jam.
Kos ini ditambah dengan penggunaan satelit yang dianggarkan bernilai RM212 juta setiap satunya.
China setakat ini sudah menggunakan lebih 20 satelit dalam pencarian pesawat tersebut.
Setakat ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, isu mengenai kos belum lagi dibincangkan oleh kerajaan Malaysia dan negara lain yang membantu operasi tersebut.
Secara teorinya, zamalah kanan di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Oh Ei Sun, yang juga bekas setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kos operasi sepatutnya dibiayai oleh negara yang mengetuai siasatan.
Bagaimanapun, secara praktikalnya pula, rakan negara biasanya akan membantu menampung kos itu sebagai tanda keikhlasan mereka.
Laporan tersebut turut menyebut, tiada protokol antarabangsa yang menetapkan mengenai pembahagian kos siasatan kemalangan buat masa ini.
Pencarian pesawat MH370 kini mencatat rekod operasi terpanjang dalam sejarah pesawat penumpang sekaligus mengatasi rekod 10 hari pesawat Boeing 737-400 PT Adam Skyconnection Airlines Indonesia yang hilang di perairan pulau Sulawesi pada 1 Januari 2007. – MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib