Wednesday, 12 March 2014

Pasport curi : Pegawai Imigresen Patuhi SOP

Suspek Pouria Nour Mohammad Mehrdad dan Delavar Seyed Mohammad Redza
Dua penumpang Malaysia Airlines MH370 yang menggunakan pasport curi didapati memasuki Malaysia pada malam 28 Feb, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.
Beliau berkata penumpang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport warga Austria Christian Kozel yang dicuri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Feb.
Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport kepunyaan warga Itali Luigi Maraldi yang juga dicuri, didapati tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.
Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.
Mereka berlepas dari Malaysia pada 7 Mac. Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.
Aloyah berkata pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard.
Mereka mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib