Saturday, 15 March 2014

Nadira Ramli kekasih Co Pilot MH370 Fariq Abdul Hamid diberi cuti sebulan oleh Air Asia

Nadira Ramli kekasih kepada Fariq Abdul Hamid.
Fariq Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370, 8 Mac lalu. Kapten Nadira atau nama sebenar Nadira Ramli,  26 Tahun yang juga juruterbang AirAsia merupakan teman wanita Fariq dan menurut laporan Dailu Express, pasangan itu turut merancang untuk melangsungkan perkahwinan (sumber tidak sahih mengatakan yang mereka sudah pun bernikah). Beliau yang juga anak kepada seorang juruterbang kanan Mas telah diberi cuti sebulan oleh pihak Air Asia untuk menenangkan diri dalam menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga teman lelakinya Fariq.
 
Nadira merupakan anak bongsi Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis (berasal dari Penampang Sabah) kini dilaporkan berada di sisi ibu Fariq yang tidak tidur hampir 3 hari di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur. Fariq merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, yang membantu juruterbang Kapten Zaharie bin Ahmad Shah dalam penerbangan yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal Sabtu lalu. Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar bersama-sama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah. Saudara terdekat menyifatkan Nadira sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.

Nadira diberi cuti sebulan oleh Air Asia.
Pelbagai spekulasi mengenai Farid dan wanita warga Australia di laman kokpit kapal terbang yang disensasikan oleh media barat dan itu sedikit sebanyak telah mencalarkan emosi Nadira dan juga keluarga Fariq. Nadira juga memberitahu keluarganya supaya tidak mempercayai laporan negatif terhadap Fariq seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini. Dipercayai syarikat penerbangan Air Asia mempunyai juruterbang wanita paling ramai di ASEAN dan mempunyai juruterbang wanita berpangkat Kapten pertama di ASEAN iaitu Kapten Norashikin Onn.

Gambar Nadira, kekasih Fariq Abdul Hamid co-pilot MH370 - Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26.

Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kanan MAS.

Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu kepulangan semula pembantu juruterbang itu.

Sebagai informasi, Fariq ialah anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud. Berikut ialah dua lagi keping gambar Nadira Ramli, kekasih hati Fariq Abdul Hamid yang cantik dan amat jelita.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib