Wednesday, 26 March 2014

MH370: Tindakan CEO MAS mahu letak jawatan tidak disokong pengguna Facebook

Ahmad Jauhari Yahya
Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, kekal misteri dan kini timbul cerita mengenai perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.
Persoalan ini mula timbul ketika beliau ditanya oleh pemberita ketika sidang media yang diadakan di KLIA semalam adakah beliau akan meletak jawatan ekoran tragedi ini.
Ahmad Jauhari membalas jawapan dengan mengatakan bahawa itu merupakan pilihan peribadi beliau dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi malang ini selesai.
Walaupun mendapat pelbagai kritikan, nyata rakyat Malaysia amat prihatin.
Ini dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan pembaca laman Facebook Astro AWANI yang rata-rata memberi sokongan serta menyatakan kerisauan mereka apabila melihat keadaan Ahmad Jauhari dalam setiap sidang media yang mereka sifatkan sebagai ‘sedih’ dan ‘tidak terurus’.
Menurut pengguna laman Facebook, mereka sedar akan tanggungjawab yang dipikul oleh Ahmad Jauhari dan meminta pihak yang terus mengkritik supaya memikirkan perasaan CEO MAS itu yang telah banyak berdepan dengan pelbagai jenis tekanan.
Selain itu, mereka turut menyuarakan pandangan bahawa Ahmad Jauhari tidak patut meletak jawatan.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib