Thursday, 27 March 2014

MH370: Solat ghaib belum perlu buat masa ini – MB Terengganu

Orang ramai diminta terus melakukan solat hajat dan bacaan Yasin.
Kerajaan Negeri Terengganu belum bercadang untuk mengarahkan masjid di seluruh negeri itu menunaikan solat ghaib bagi penumpang pesawat MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada masa ini masjid-masjid di negeri itu masih meneruskan solat hajat dan bacaan Yasin serta mendoakan keselamatan penumpang.
Menurutnya pendirian Kerajaan Negeri itu sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Fatwa mengenai perkara berkenaan.
Terus berdoa untuk #MH370.
“Kami tidak lakukannya kerana kami sedang menunggu perkembangan selanjutnya daripada apa yang sebenarnya berlaku. Oleh kerana itu, dari segi solat ghaib, kami belum lakukannya lagi. Kami juga telah menerima pandangan dari Majlis Fatwa dan sebagainya,” kata Ahmad Said selepas merasmikan Pusat Latihan Bersepadu Minyak dan Gas (INSTEP) di Institut Teknologi Petroleum Petronas, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar.
Menurutnya Kerajaan Negeri mengikuti perkembangan insiden berkenaan dari semasa ke semasa dan bersimpati dengan tekanan emosi yang dihadapi keluarga mangsa.
Beliau berharap usaha Kerajaan Malaysia dengan bantuan negara lain akan dapat merungkai tragedi MH370 dari pelbagai sudut yang disifatkan penuh misteri.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib