Monday, 24 March 2014

MH370: 40 pegawai DCA disiasat polis

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Seramai 40 kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) disiasat polis berhubung kehilangan MH370.

Sumber dalaman DCA memberitahu, mereka yang disiasat adalah petugas sejak hari kejadian pada awal 8 Mac.  

"Polis Bukit Aman (ada) datang dan menyiasat seorang demi seorang. Polis juga sudah ambil buku log kami sebagai bukti. Buku log adalah rekod pergerakan kami termasuk jadual tugas dan semua aktiviti, termasuk berehat," katanya.

Menurut sumber itu lagi, semua kakitangan terlibat masih dalam pemerhatian pihak berkuasa.

"Itu adalah prosedur biasa. Kami tidak ada sebarang masalah mengenainya dan sedia memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

"Siasatan sebegini juga, saya percaya, turut dilakukan terhadap kakitangan MAS dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.

Jelasnya, perkara sedemikian pasti dilakukan polis memandangkan TUDM dan MAS juga melihat radar sebelum ia hilang dari menara kawalan.

"Selepas radar hilang, DCA memaklumkan kepada MAS dan ketika itu mereka masih melihat isyarat pesawat tersebut," katanya.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib