Monday, 31 March 2014

MEMALI: Saya Akan Semak Kenyataan Tun Musa – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
“Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
“Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak,” kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini
Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur.”
Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu.-mnh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib