Wednesday, 12 March 2014

Media Australia Fitnah Pembantu Juruterbang MH370

Media Australia menyerang peribadi pembatu juruterbang MH370 amat memalukan.
Nampaknya pihak media Australia dah mainkan isu ni dan menjadikan ia hangat di negara berkenaan dan seterusnya memburukkan suasana dan pihak Malaysia Airlines sendiri. Ini sudah melampau!

Entah apa motif media Australia ini. Setakat bergambar je sudah dilabelkan sebagai playboy. Begitu rendahnya tahap profesionalisme media Australia. Langsung tiada etika sebagai wartawan antarabangsa.


Jika co-pilot itu playboy sekali pun, itu adalah kisah peribadi dirinya. Kisah peribadi adalah hak peribadi. Apa kaitan sikap playboy dengan isu kehilangan pesawat MH370? Nampak sangat kebodohan media Australia ini kan.

Apakah Playboy itu hina dan haram di mata pihak Australia? Tetapi gay, lesbian, bioseksual itu halal pula di mata media Australia?

Dua wanita yang mendedahkan gambar itu juga nampak sangat nak cepat jadi famous di mata dunia. Langsung tak hormat keluarga co-pilot. Kerajaan Malaysia & keluarga co-pilot perlu saman media Australia yang dilihat sengaja memburukkan co-pilot MH370 ini.

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib