Thursday, 13 March 2014

Maritim hantar pesawat Bombardier siasat objek dikesan satelit China

Tweet dari Hishamuddin Hussein.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.
 Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN itu, objek-objek  terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.-Astro Awani
Imej dari satelit China mengesan objek dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370
Susulan satelit China dalam operasi mencari pesawat MAS penerbangan MH370 telah menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan telah menghantar pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) ke kawasan tersebut.

"Bombardier Maritim telah dihantar untuk menyiasat apa  yang didakwa serpihan yang telah ditemui oleh imej satelit China," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Perkara itu turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Media melaporkan satelit China yang mencari pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”.

Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini.

Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."-
Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib